fb fb fb fb fb

PKNS, Agrobank jalin kerjasama bantu usahawan Selangor

SHAH ALAM, 2 Ogos- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Agrobank telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menyediakan tawaran pembiayaan sejumlah RM25 juta untuk lebih 50 syarikat terpilih di bawah BizClub PKNS.

Kerjasama strategik untuk tempoh dua tahun akan menawarkan pelbagai program pembiayaan meliputi Pemulih Micro Credit dan Pemulih Newbiz.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas, melalui jalinan kerjasama ini, kedua-dua pihak berharap usahawan Selangor mampu meningkatkan produktiviti dan keuntungan mereka.

"Saya rasa usahawan yang baru mula, mungkin tidak perlu memohon sehingga RM500,000, mungkin RM200,000 atau RM300,000. Jadi, kita boleh beri lebih kepada usahawan-usahawan berkelayakan," kata Mahmud Abbas kepada pemberita hari ini, di sini.


(Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif
Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin)

Perkara sama turut disuarakan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.

"RM12.5 juta akan diagihkan untuk tahun pertama iaitu tahun depan. Sekiranya ada permintaan dan keperluan, kita akan tambah lagi dana kita kepada usahawan-usahawan di Selangor khususnya PKNS," kata Tengku Ahmad Badli kepada pemberita.

Kerjasama strategik itu mampu meningkatkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi dan memantapkan ekonomi di Selangor.

Media Baharu