fb fb fb fb fb

PKMB Kuching usaha kesan ibu kandung kanak-kanak lelaki 8 tahun

PKMB Kuching memaklumkan, kanak-kanak itu telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya kepada seorang individu dikenali sebagai Nur Khadijah Joket Nuyong, di sebuah rumah sewa di Taman Tunku, Miri pada tahun 2022

KUCHING, 26 Jun- Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Kuching sedang mengesan ibu kandung kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang kini berada bawah kendalian pelindung kanak-kanak jabatan tersebut.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan PKMB Kuching, kanak-kanak itu telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya kepada seorang individu dikenali sebagai Nur Khadijah Joket Nuyong, di sebuah rumah sewa di Taman Tunku, Miri pada tahun 2022.

"Sejak ditinggalkan, ibu kandung berkenaan tidak pernah kembali atau menghubungi mana-mana pihak bagi mengetahui perkembangan anaknya," menurut PKMB.

PKMB memaklumkan bahawa kes tersebut masih dalam siasatan dan dikendalikan mengikut keperluan bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali ibu kandung kanak-kanak berkenaan, dikenali sebagai Ayu Marni, diminta segera menghubungi Pelindung, Nurkhuzaimah Abdullah di talian 082-507111 atau 082-507999."

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE