fb fb fb fb fb

PKBM rayu kerajaan tidak hentikan projek berskala kecil

PERMATANG PAUH, 21 Julai- Persatuan Kontraktor Bumiputra Malaysia (PKBM) merayu agar kerajaan tidak memberhentikan semua projek berskala kecil yang memberi impak kepada kehidupan rakyat.

Gesaan itu disuarakan oleh Presiden Kontraktor Bumiputra Malaysia, Datuk Azman Yusoff.

Menurutnya, sekiranya projek berskala kecil ini dibatalkan atau diberhentikan, makan golongan kontraktor Bumiputra kelas G1 hingga G6 akan terkesan.

"Kita merayu kerajaan supaya melaksanaka terus projek-projek yang berskala rakyat, yang berskala kecil yang akan memberi impak kepada rakyat. Contohnya kontraktor G1 hingga G6, mereka dah kena PKP sekian lama, nak mula semula, kenaikan harga barang binaan, jadi kita rayu kepada kerajaan teruskan projek-projek yang memberi impak kepada pendapatan mereka," beliau berkata demikian selepas merasmikan pembukaan pejabat Persatuan Kontraktor Bumiputra Malaysia cawangan Pulau Pinang di Permatang Pasir, di sini.

Tetamu yang hadir di perasmian pembukaan pejabat Persatuan Kontraktor Bumiputra
Malaysia cawangan Pulau Pinang di Permatang Pasir, di sini

Datuk Azman juga berharap kerajaan dapat mencari resolusi dalam menyelesaikan masalah berkenaan tenaga buruh dalam industri pembinaan.

Beliau berpendapat lebih ramai kontraktor akan gulug tikar sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan segera dan memastikan kelangsungan hidup golongan kontraktor Bumiputra ini terbela.

Media Baharu