fb fb fb fb fb

PJKM rekod nilai jualan RM1.5 juta di Melaka sejak Disember 2021

(Tinjauan Program Jualan Keluarga Malaysia) 

ALOR GAJAH, 23 Julai- Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) merekodkan nilai jualan RM1.5 juta di Melaka sejak ia mula dilaksanakan pada Disember 2021.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar, sambutan itu jelas menunjukkan pengguna merebut peluang yang disediakan.

Beliau berkata, siri seterusnya bermula hari ini hingga 31 Julai di 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Setiap peruncit atau peniaga bawah Jualan Keluarga Malaysia mempunyai keistimewaan tersendiri. Lazimnya kalau kita pergi ke pasar raya besar dia akan menawarkan kepada kita ayam, telur, minyak dan sayur-sayuran. Tapi kalau kita pergi ke kedai-kedai runcit yang termasuk dalam program kami mereka ada menawarkan beras harga yang murah macam kicap benda-benda keperluan asas,” kata Norena kepada RTM selepas meninjau PJKM di sini

(Norena di temu bual selepas meninjau Program Jualan Keluarga Malaysia di Alor Gajah)

Media Baharu