fb fb fb fb fb

PJKM bantu pulih semula sektor peruncitan

KUALA LUMPUR, 17 Januari - Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) 2022 yang dilaksanakan di seluruh negara bertujuan membantu memulihkan semula sektor peruncitan negara.

Pengarah Sekretariat Perdagangan Pengedaran Perniagaan dan Industri Perkhidmatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Muhamad Hanif Asa'ari berkata, program berkenaan diharap menjadi pemangkin kepada pengguna untuk merancang pembelian dan membuat pilihan bijak.

"Kita ada lapan segmen semuanya yang mengandungi segmen musim perayaan, segmen-segmen tertentu yang akan dilaksanakan bulan Januari hingga Disember tahun 2020. Dua konsep ini kita gabungkan untuk memberi tawaran harga yang sangat berpatutan kepada semua pengguna sepanjang tahun 2022. Selain merancakkan sektor peruncitan pada masa sama dapat menawarkan harga yang lebih berpatutan kepada pengguna bagi menangani kos sara hidup," kata Hanif menerusi 'skype' dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia.

Program yang bermula Disember lalu itu turut menawarkan potongan harga 20 hingga 50 peratus yang menyasarkan golongan B40 dan M40.

PJKM di 222 kawasan Parlimen dijangka berlangsung sehingga Februari depan yang akan dilaksanakan dua kali sebulan.

 

Media Baharu