fb fb fb fb fb

Pinjaman 'Groom Big' usahawan PKS layak memohon

(Noh menyampaian Anugerah Usahawan Tekun Berjaya dan Anugerah Usahawan Tekun Setia)

JOHOR BAHRU, 10 Mac - Seramai 88 usahawan sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di seluruh negara berjaya mendapat kelulusan pinjaman melebihi RM100,000 menerusi program 'Groom Big', yang bermula tahun lalu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata nilai keseluruhan pinjaman yang telah diluluskan menerusi institusi kewangan selain Tekun Nasional mencecah RM11 juta.

Program itu kini terbuka kepada semua usahawan yang layak dan mendapat pengesahan status lima bintang daripada Tekun.

(Noh berucap pada majlis Ramah Mesra Usahawan Tekun hari ini)

Usahawan yang menerima anugerah pencapaian terbaik Tekun juga layak menyertai program Groom Big berkenaan.

"Mana-mana usahawan yang telah diberikan moratorium tetapi tidak ambil dan terus bayar bulanan pinjaman mereka, maka usahawan ini juga dimasukkan sebagai kategori lima bintang. Usahawan seperti ini jika ingin tambah pinjaman dalam 'Groom Big' akan diberikan keutamaan," katanya.

Tan Sri Noh ditemui selepas majlis ramah mesra Usahawan Tekun serta penyampaian Anugerah Usahawan Tekun Berjaya dan Anugerah Usahawan Tekun Setia, di sini hari ini.

Media Baharu