fb fb fb fb fb

RELA negeri Kelantan laksana program pemutihan, kemas kini data keanggotaan lama

(Pengarah RELA Negeri Kelantan, Mior Muhammad Taufik Mior Burhanuddin ketika ditemu bual Berita RTM) 

PASIR MAS, 10 Mac - Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Kelantan dalam usaha melaksanakan program pemutihan bagi mengemas kini data keanggotaan yang lama.

Pengarahnya, Mior Muhammad Taufik Mior Burhanuddin berkata, pihaknya menerima 200,000 pendaftaran bagi menjadi anggota RELA namun hanya 20,000 yang benar-benar aktif setakat ini.

Katanya, menerusi program tersebut, mana-mana anggota yang tidak aktif selama tempoh lima tahun akan ditamatkan keanggotaan selain memperkemas sistem anggota yang telah meninggal dunia dan juga sakit.

"Di Kelantan memang ramailah, hampir 200,000 tapi yang aktif kita bergantung kepada kerja dan keperluan tugas itu, kita nampak boleh jadi satu masalah dan risiko, jadi kena gilirkan anggota kita supaya yang lain pun dapat berkhidmat dengan kita juga," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Program Penyerahan Sumbangan Bantuan Banjir RELA Daerah Pasir Mas di Kampung Siput, di sini.



(Barisan anggota RELA di Program Penyerahan Sumbangan Bantuan Banjir RELA Daerah Pasir Mas, Kelantan)

Pada program tersebut, 100 anggota RELA yang terjejas akibat banjir baru-baru ini menerima sumbangan yang diharapkan mampu meringankan beban mereka.

Mengulas lanjut, Mior Muhammad Taufik berkata, program pemutihan penting bagi memilih kualiti dan tahap kesediaan anggota yang diambil supaya sentiasa bersedia ketika diperlukan.

Media Baharu