fb fb fb fb fb

PJPN kepada anggota, bekas dan pesara polis yang bertugas pada zaman darurat

SEREMBAN, 22 Mac - Seramai 45,402 anggota, bekas dan pesara polis yang bertugas pada zaman darurat mendapat penghargaan apabila mereka diiktiraf sebagai penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN).

Menurut Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Zaini Jass, daripada jumlah itu seramai 12,961 orang masih berkhidmat, manakala 13,530 merupakan pesara. 

Setakat ini empat negeri telah selesai mengadakan majlis pemberian pingat iaitu kontinjen Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.  

"Yang pertama yang berkhidmat 17 Jun 1968 hingga 2 Disember 1959 di Semenanjung Tanah Melayu, kedua 1962 hingga 17 Oktober 1990 bagi negeri Sabah dan Sarawak, serta kategori ketiga daripada 12 Julai 1948 hingga era darurat 31 Julai 1960 untuk Persektuan Tanah Melayu," kata Zaini.


(Zaini ditemui pada Majlis Istiadat Penganugerahan PJPN Peringkat Kontinjen Negeri di Seremban)

Turut hadir Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.

Penganugerahan tersebut tidak mengira pangkat dengan Deputi Superitendan merupakan kategori tertinggi.

Di Negeri Sembilan penerima PJPN yang masih berkhidmat terdiri daripada seorang pegawai Asisten Superitendan, Sub Inspektor (6), Sarjan Mejar (15), Sarjan (56) dan Koperal (21)

"Dulu lain tetapi sekarang lain cabarannya. Sekarang ini lagi berat berbanding dahulu. (Bertugas) di hutan kami tak kisah, tetapi yang di pekan di bandar adan banyak masalah akan hadapi," kata Sharudin yang berkhidmat pada tahun 1969 hingga 1996.

"Saya rasa banggalah, kerana PDRM memberi satu pingat penghargaan kepada anggota setelah sekian lama berkhidmat mencurah bakti untuk negara," kata Sarjan Lee Bee yang berkhidmat dari tahun 1989 hingga kini.

"Saya memang nak pingat ini sebab saya berkhidmat daripada tahun 1977 hingga 2018. Saya telah mengalami zaman darurat zaman komunis dan sebab itu saya rasa saya berhak untuk menerima pingat ini," kata Bahava Singam.


Media Baharu