fb fb fb fb fb

Pindaan istilah Sarawak, Sabah kepada wilayah perlu dirujuk kepada Raja-Raja Melayu

KUCHING, 20 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pindaan istilah Sarawak dan Sabah sama ada menggunakan negeri atau wilayah, perlu dirujuk kepada Raja-Raja Melayu.

Bagaimanapun perkara tersebut masih belum dirujuk kepada Raja-Raja Melayu, sebaliknya perbincangan awal itu hanya dilakukan bersama Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Pindaan mana-mana istilah ini harus dirujuk kepada Raja-Raja Melayu dan kemudian Parlimen. Proses itu boleh berjalan, tetapi saya tidak mahu riuhkan perkara itu.

"Kedudukan status negeri tidak akan terjejas dalam konteks perlembagaan negara yang sudah dipinda dan juga soal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), jadi proses tersebut harus dihormati kerana istilah atau perubahan itu harus dirujuk," katanya di sini.

Bagaimanapun Anwar menegaskan sebarang perubahan kepada istilah kepada kedua-dua negeri terbabit tidak akan mengubah pendirian dan sikap kerajaan persekutuan seperti yang termaktub dalam MA63.

(Anwar Ibrahim (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya/BERNAMA)

Media Baharu