Pindaan Akta Tabung Haji sedang diperhalusi

Dr Zulkifli Hasan/ RTM

MELAKA, 17 Ogos- Cadangan pindaan Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) sedang dilaksanakan sebagai usaha memperkukuh kerangka perundangan dan pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH).

RINGKASAN BERITA AI
  • Kementerian kini giat melaksanakan proses pindaan sebelum dibawa ke peringkat seterusnya.
  • Kerajaan mengambil serius memperkukuh kerangka perundangan dan pengurusan TH selaras syor Suruhanjaya Siasatan Diraja.
  • Kerja sudah dilaksanakan dan akan dipergiatkan; pelaksanaan disasarkan segera, menunggu arahan daripada Perdana Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata kementeriannya kini giat melaksanakan proses berkenaan sebelum ia dibawa ke peringkat seterusnya.

Beliau berkata kerajaan mengambil serius usaha memperkukuh kerangka perundangan dan pengurusan TH selaras dengan syor yang dikemukakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan dan operasi institusi berkenaan.

“Semua kerja sudah dilaksanakan dan akan dipergiatkan lagi, insya-Allah. Kita akan pastikan ia dilaksanakan sebaiknya dan sesegera mungkin. Kita tunggu daripada Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) Zon Selatan di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah, di sini, hari ini.

Sementara itu, Dr Zulkifli memaklumkan program J-KIS akan ditambah baik dengan mempelbagaikan aktiviti supaya pengisiannya lebih menarik dan tidak hanya tertumpu kepada ceramah.

Penambahbaikan itu mengambil kira cabaran semasa yang dihadapi remaja, termasuk risiko dalam persekitaran digital dan media sosial.

Jelasnya, J-KIS turut memberi penekanan kepada pembentukan jati diri pelajar melalui pengisian berkaitan kesedaran sosial dan nilai agama.

“Bimbingan dan panduan turut diberikan kepada anak-anak kita. Kita mesti mempersiapkan jati diri mereka dengan pengetahuan, ilmu dan semangat supaya mereka dapat mendepani cabaran serta isu sosial yang berlaku dalam negara,” katanya.

Seramai 600 pelajar dan guru dari Melaka, Negeri Sembilan serta Johor menyertai program berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.