fb fb fb fb fb

Pimpinan PKR digesa kukuhkan jentera dan pantau program parti -Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR menyampaikan amanat sempena konvensyen Ke-25 PKR di Pusat Konvensyen Ideal IDCC Shah Alam, di sini hari ini/ Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 21 April - Semua barisan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat disaran mengukuhkan jentera parti di semua peringkat selain memantau pelaksanaan setiap program parti itu.

Perdana Menteri yang juga presiden PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini termasuk menambah bilangan ahli parti selain bergerak aktif berbanding dahulu.

"Hebat bagaimanapun laungan kita, benar bagaimanapun perjuangan kita, tetapi kalau tidak disusun rapi dengan jentera yang kemas, kita akan tewas dengan orang-orang yang melaungkan slogan ‘hidup Melayu’ atau ‘laksanakan Islam’, walaupun kita tahu rekod mereka hambar belaka", katanya ketika berucap menyampaikan Amanat Presiden bersempena konvensyen Ke-25 PKR di Pusat Konvensyen Ideal IDCC Shah Alam, di sini hari ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD