fb fb fb fb fb

Zon Bebas Kenderaan :Melaka tambah baik pengeluaran notis perubahan laluan

Foto Hiasan/ Foto RTM

BANDA HILIR, 21 April - Notis pemakluman perubahan laluan atau lencongan di sekitar Banda Hilir sepanjang pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan akan dikeluarkan lebih awal.

Ia bagi memudahkan pergerakan pengguna jalan raya.

Menurut Exco Melaka, Datuk Rais Yasin, tindakan itu sebahagian langkah penambahbaikan berterusan dilaksana pihaknya.

Semua aduan dikemuka masyarakat akan diteliti sepenuhnya sebelum langkah penyelesaian dikenal pasti dan dimuktamad.

Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir membabitkan penutupan beberapa jalan selama 54 jam mulai pukul 6 petang setiap Jumaat hingga pukul 12 tengah malam Ahad.

Inisiatif bertujuan menjadikan Melaka rendah karbon selain memelihara bangunan bersejarah.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD