fb fb fb fb fb

Pihak penyelamat Maghribi berjaya masuki terowong untuk bawa Rayan keluar dari perigi

FOTO AFP

IGHRANE, 6 Februari - Pihak penyelamat Maghribi pada Sabtu berjaya memasuki terowong menuju lokasi seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terperangkap setelah terjatuh ke dalam perigi lima hari lalu.

Misi itu turut disertai pasukan perubatan.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan berapa lama masa yang akan diambil untuk mereka membawa mangsa keluar dari terowong berkenaan.

Ketua operasi menyelamat, Abdelhadi Tamrani berkata kamera yang diturunkan ke perigi tersebut menunjukkan visual dari belakang kanak-kanak yang dikenali sebagai Rayan yang sedang berbaring dengan tubuhnya mengiring ke sebelah kanan.

"Bagaimanapun adalah mustahil untuk menyatakan dengan pasti sama ada dia masih hidup," kata Tamrani kepada agensi berita AFP.

"Pasukan penyelamat telah cuba menurunkan topeng oksigen, makanan dan air ke dalam perigi itu namun tidak jelas sama ada kanak-kanak itu dapat menggunakannnya," kata pemberita AFP.

Kanak-kanak itu terjatuh dalam perigi kering berkedalaman 32 meter (100 kaki) berhampiran rumahnya di kampung terpencil Ighrane di wilayah Chefchaouen pada Rabu lalu.

Menurut ayah Rayan, ketika kejadian dia sedang membaiki telaga berkenaan sebelum menyedari anaknya terjatuh ke dalamnya. -AFP

 

Media Baharu