fb fb fb fb fb

Projek Perumahan Awam Kampung Sungai Udang, Segambut siap April ini

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 Februari - Kementerian Wilayah Persekutuan komited dalam memastikan setiap warga Wilayah Persekutuan memiliki rumah sendiri yang selesa untuk didiami.

Menterinya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan projek pertama Council Home iaitu rumah sewa dengan kadar berpatutan di kawasan bandar.

"Projek Perumahan Awam Council Home Kampung Sungai Udang, Segambut dengan 1,251 unit berkeluasan 807 kaki persegi, dijangka siap pada April ini,"

"Residensi Wilayah Keluarga Malaysia berharga bawah RM300 ribu turut disasarkan bagi golongan M40," katanya.

22,296 daripada 62,836 unit yang dirancang telah siap dibina.

Media Baharu