fb fb fb fb fb

Pihak industri setuju turunkan harga minyak masak secara berperingkat

PUTRAJAYA, 14 Julai- Pihak industri secara prinsipnya telah bersetuju untuk menurunkan harga minyak masak kelapa sawit kemasan botol secara berperingkat dalam masa terdekat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia yang merangkap Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata ia berikutan harga minyak kelapa sawit kemasan botol adalah bergantung sepenuhnya kepada harga minyak masak mentah di pasaran komoditi dunia.


(Tan Sri Annuar Musa bercakap pada sidang media berkaitan
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di Putrajaya/BERNAMA)

"Terima kasih kepada pihak industri telah bersetuju dengan pengesyoran jawatankuasa kita agar dalam masa terdekat proses untuk menawarkan harga minyak pada harga yang diturunkan secara berperingkat akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

"KPDNHEP boleh mengeluarkan kenyataan terperinci selepas daripada ini, yang pentingnya secara prinsip para industri sudah bersetuju untuk bekerjasama dgn jawatankuasa untuk mmbuat 'djustment' penurunan harga minyak masak secara berperingkat berasaskan kepada pasaran ataupun harga pasaran minyak sawit semasa.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi di Putrajaya.

Dalam pada itu, Tan Sri Annuar berkata pasukan khas ini terus meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap barangan kawalan dan bukan kawalan di pelbagai premis perniagaan bersama penguatkuasa Kementerria Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Media Baharu