fb fb fb fb fb

Tarikh akhir pemberian dos pertama PICKids dilanjutkan hingga 31 Mei

KUALA LUMPUR, 12 Mei - Tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) bagi kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun dilanjutkan ke 31 Mei.

Keputusan dibuat bagi memberi peluang kepada ibu bapa yang masih ingin mendapatkan vaksin COVID-19 untuk anak-anak mereka.

Bagaimanapun, tarikh akhir pendaftaran dan tempahan janji temu vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera pada 8 Mei dikekalkan.

Tempahan janji temu tidak lagi diterima selepas tarikh tersebut.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, ibu bapa yang mendaftar dan membuat janji temu sebelum atau pada 8 Mei dan memilih tarikh vaksinasi sebelum atau pada 31 Mei, boleh meneruskan janji temu yang dipilih.

Sebaliknya bagi ibu bapa yang mendaftar dan membuat janji temu sebelum atau pada 8 Mei tetapi memilih tarikh vaksinasi selepas 31 Mei, janji temu dalam aplikasi MySejahtera adalah terbatal secara automatik.

(Foto fail)

"Ibu bapa yang mendaftar selepas 8 Mei 2022, pautan tempahan janji temu dalam aplikasi MySejahtera tidak akan diberikan.

"Bermula 16 Mei sehingga 31 Mei, vaksinasi dos pertama akan diberikan di Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan secara jumpa terus.

"Selepas 31 Mei, vaksin COVID-19 tidak lagi ditawarkan secara percuma bawah PICKids. Mereka perlu mendapatkannya secara berbayar di pasaran swasta," kata Noor Azmi dalam kenyataan media.

Media Baharu