fb fb fb fb fb

100 masjid disasarkan dilengkapi teknologi hijau tahun ini

KUALA PERLIS, 12 Mei - Hanya 15 buah masjid daripada keseluruhan 6,515 buah masjid yang berdaftar di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sehingga kini telah dilengkapi teknologi hijau menerusi program Rumah Ibadat Hijau.

Sebagai tambahan kepada program berkenaan Malaysia Green Technology and Climate Change Centre (MGTC), sebuah agensi Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) akan memperluaskan ke 100 buah masjid lagi menjelang akhir tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MGTC, Shamsul Bahar Mohd Nor usaha dilaksanakan ini dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri bagi memupuk budaya gaya hidup hijau dalam kalangan ahli kariah atau penduduk setempat.

Pelaksanaan teknologi dan amalan hijau ini dapat mengurangkan perbelanjaan kos utiliti masjid dalam lingkungan 10 hingga 20 peratus bagi setiap masjid.

Ianya juga selaras dengan hasrat kerajaan negara sifar bersih pelepasan rumah kaca menjelang tahun 2050.

(Shamsul dalam sidang media pada majlis tersebut)

"Setiap tahun kita sasarkan 100 masjid untuk kita salurkan walaupun katakan satu masjid itu dia tidak dapat satu pakej complete, bukan solar, bukan penuaian air hujan, tetapi kita tukar lampu-lampu led, lampu-lampu kat masjid. Jadi duit itu sekurang-kurangnya ada beberapa ribu untuk kita bagi kepada masjid. Jika sejumlah yang besar memang besarlah kita salurkan. Satu masjid keperluan lebih kurang setengah juta kalau hendak tukarkan mempastikan bahawa setiap penjimatan pasang solar pasang penuaian hujan," kata Shamsul di sini.

Beliau menyatakannya kepada media pada Majlis Perasmian Karnival Kesedaran Kepentingan Kelestarian Alam Sekitar peringkat masjid negeri Perlis di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang dirasmikan Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Ruzaini Rais.

Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Kuala Perlis yang mempunyai seni bina unik dan berkonsepkan masjid Rusia menjadi masjid perintis dilengkapi teknologi hijau sebelum diperluas ke 101 masjid seluruh Perlis.

Media Baharu