fb fb fb fb fb

PICKids Perlis bermula hari ini

KANGAR, 9 Februari - Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di Perlis bermula hari ini melibatkan 2,100 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang telah mendaftar.

Penyelaras PPV Masjid Alwi, Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad berkata tiga buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dibuka iaitu iaitu dua buah PPV Offsite melibatkan PPV Masjid Alwi dan PPV Pusat Khidmat Kubang Gajah dan sebuah PPV di Hospital Tuanku Fauziah.

"Mengikut data, jumlah kanak-kanak yang mendaftar masih rendah berbanding sasaran ditetapkan iaitu 30,000 kanak-kanak mendaftar bagi menerima suntikan vaksin.

"Hari ini sahaja di pusat pemberian vaksin offsite masjid Alwi, kami akan cucuk seramai 600 kanak-kanak. Kita minta jasa baik ibu bapa untuk teruskan mendaftar dan kita akan cuba untuk memberikan vaksin secepat mungkin bagi menempuh alam persekolahan sesi baharu," katanya ketika ditemui di pusat pemberian vaksin Masjid Alwi, di sini.

Tambahnya, Bagi mereka yang tidak dapat hadir pada tarikh ditetapkan, mereka boleh hadir terus ke PPV Masjid Alwi yang diselaraskan oleh Klinik Perubatan dan Pembedahan Annura.

Media Baharu