fb fb fb fb fb

PICKids lanjut, ibu bapa perlu rebut peluang demi keselamatan anak-anak - Aminuddin

SEREMBAN, 17 Mei - Tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama COVID-19 bagi kanak-kanak melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang dilanjutkan sehingga 31 Mei ini disambut baik kerajaan Negeri Sembilan.

Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun, ibu bapa atau penjaga harus merebut peluang tersebut demi keselamatan anak-anak mereka dengan segera mengambil suntikan vaksin COVID-19.

"Kita sedia maklum ramai yang meyakini (suntikan vaksin COVID-19) dan saya berharap dengan adanya penambahan waktu ini akan memberi ruang kepada ibu bapa untuk berfikir dan membuat keputusan demi anak-anak mereka," kata beliau.


(Foto fail/Bernama)

Setakat semalam, seramai 1 juta 63,569 atau 30% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah PICKids.

Menurut laman web COVIDNOW, seramai 1 juta 646,257 kanak-kanak atau 46.4% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sehingga tarikh 31 Mei ini, vaksinasi dos pertama bagi kanak-kanak diberi di klinik di bawah kendalian Kementerian Kesihatan secara datang terus.

Selepas 31 Mei 2022, kanak-kanak yang telah berusia lima tahun hingga bawah 12 tahun tidak lagi ditawarkan vaksin Covid-19 secara percuma di bawah PICKids.

Media Baharu