fb fb fb fb fb

Lebih 12,500 anggota JBPM digerakkan hadapi kemungkinan kebakaran hutan

KUALA LUMPUR, 17 Mei - Lebih 12,500 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara bersiap siaga menghadapi kemungkinan kes kebakaran hutan.

Ini susulan musim kemarau dijangka melanda negara bermula pertengahan bulan ini.

Menurut Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM TPJB Datuk TS Nor Hisham Mohammad pihaknya sentiasa memantau keadaan cuaca berdasarkan maklumat yang disediakan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan akan bekerjasama dengan agensi keselamatan lain.

(Nor Hisham ketika bercakap dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia)

"Kita ada jentera yang boleh bawah air yang banyak. Biasanya ini bukan di kawasan penempatan dia tiada pili bomba. Keduanya kita juga bersedia daripada segi modul pam ada, dan kita guna teknologi satelit bagi mengesan di mana berlakunya kebakaran. Dan kita ada unit udara kawasan kenal pasti, dron untuk kita kesan api kawasab yang berpotensi teruk," kata Nor Hisham.

JBPM akan memastikan anggotanya mempunyai cukup rehat dan tidak bekerja untuk jangka masa panjang kerana terdedah kepada kepanasan.

Orang ramai dinasihat tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh mencetuskan kebakaran dan pembakaran terbuka di kawasan hutan atau sebagainya.

Media Baharu