fb fb fb fb fb

PICKids berjalan lancar, Pulau Pinang bermula hari ini



KUALA LUMPUR, 7 Februari- PPV Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, Selangor dilapor menerima hingga 230 pendaftaran tempahan janji temu vaksinasi, setiap hari.

Majoriti kanak-kanak dan ibu bapa, faham mengenai kepentingan untuk divaksinasi demi perlindungan diri daripada jangkitan virus.

Proses vaksinasi di sini berjalan lancar, membabitkan 50 petugas, setiap hari.

Setakat ini, pendaftaran vaksinasi membabitkan kanak-kanak berusia tujuh hingga 11 tahun melebihi kanak-kanak lima dan enam tahun.

Selepas Lembah Klang, PICKids kini diperluas ke Pulau Pinang dengan program pemberian vaksin bermula hari ini.

Bagi kanak-kanak dalam kelompok berisiko tinggi, proses vaksinasi dilaksana di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya.

Kanak-kanak yang tiada penyakit pula akan disuntik di klinik kesihatan atau sekolah masing-masing.

Sementara itu di Kelantan, PICKids dijangka bermula 13 Februari depan.

Borang kebenaran ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka juga telah diedarkan pihak sekolah.

Pendaftaran juga boleh dilakukan secara dalam talian menerusi aplikasi MySejahtera.

Media Baharu