BUKIT KUKUS, 7 Februari- Kejadian takungan air di bahagian penghujung jejantas Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus), Pulau Pinang selepas hujan lebat disebabkan sampah sarap dan daun kering menghalang laluan air.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata, kerja-kerja pembersihan segera dilakukan.
Kini, laluan tersebut kembali sempurna serta selamat digunakan pengguna jalan raya.
Sehubungan itu, MBPP berharap orang ramai dapat bersama-sama mengambil tanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah sewenang-wenangnya di kawasan tersebut bagi mengelak kejadian sama berulang.
Tular video Jalan berkembar tertinggi di negara ini ditakungi air selepas hujan lebat dalam kejadian petang Sabtu lalu.