fb fb fb fb fb

Nahas tiga kenderaan, pemandu treler maut



IPOH, 7 Februari- Pemandu treler membawa muatan dedak haiwan maut manakala tujuh individu cedera dalam nahas dengan sebuah kereta dan motosikal di Kilometer 34, Jalan Raya Timur Barat, di Tasek Banding, Gerik.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Nor Amin Mohamad Ismail, 37 tahun.

"Kami segera mengerahkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik ke lokasi kejadian dan mendapati kemalangan membabitkan pelanggaran tiga kenderaan yang menyebabkan pemandu treler tersepit.

"Kelindan treler hanya mengalami kecederaan manakala lima mangsa menaiki kereta Proton Saga serta penunggang motosikal turut cedera," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Katanya, pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan memberi rawatan awal kepada mangsa cedera sebelum dihantar ke Hospital Gerik untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Gerik untuk tindakan lanjut.

Media Baharu