NEW YORK, 15 April- Bintang sensasi, Lionel Messi membantu Inter Miami menewaskan Sporting Kansas City 3-2, dalam aksi Piala MLS yang berlangsung di Stadium Arrowhead.
Dalam aksi berkenaan, tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Erik Thommy seawal minit ke-6.
Diego Gomez kemudian menyamakan kedudukan buat Inter Miami menerusi gerakan pantas menyambut bola leret Messi melepasi penjaga gol.
Di babak kedua, Messi berjaya meledak gol padu dari jarak jauh untuk terus menjarakkan jaringan minit ke-51.
Berselang tujuh minit, Thommy sekali lagi merapatkan jurang dengan pasukan pelawat.
Minit ke 71, Luis Suarez bijak memanfaatkan kesilapan Sporting di hadapan kotak penalti, dengan mudah menolak masuk gol yang melengkapkan kemenangan pasukan.
Inter Miami mendahului Persidangan Timur MLS dengan perbezaan jaringan, terikat 15 mata dengan New York Red Bulls.
Manakala Sporting menghuni tempat ke-8 bagi Persidangan Barat.