fb fb fb fb fb

Pharmaniaga catat keuntungan hasil jualan vaksin Sinovac

KUALA LUMPUR, 18 Februari- Pharmaniaga merekodkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu RM172 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Ini berbanding RM27.49 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2020.

Melalui kenyataan, Pharmaniaga berkata perolehan syarikat itu juga meningkat 77%kepada RM4.8 bilion.

Jelasnya, jualan vaksin COVID-19 Sinovac kepada Kementerian Kesihatan dan sektor swasta merupakan sumbangan besar kepada pertumbuhan perolehan itu.

Ini menjadikan pertumbuhan lebih kukuh oleh konsesi, bukan konsesi dan perniagaan kumpulan itu di Indonesia.

Syarikat farmaseutikal itu akan terus meningkatkan kecekapan operasi sekaligus membina portfolio produknya yang semakin meningkat.

Langkah itu bagi memperluas kedudukannya di peringkat global serta memanfaatkan peningkatan penggunaan kapasiti melalui perniagaan pembuatan kontrak.

Media Baharu