fb fb fb fb fb

PH optimis bentuk kerajaan

KUALA LUMPUR, 21 November- Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan rundingan di antara PH dan Barisan Nasional (BN) meski ia masih belum dimuktamadkan.

Jelas beliau, perbincangan antara dua parti itu tertumpu kepada keperluan untuk mewujudkan kerajaan yang stabil dan inklusif.


(Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media yang diadakan
di sebuah hotel di ibu kota hari ini)

"Beberapa perbincangan khusus, perwakilan BN tujuh orang berunding dan isu dasar dan kita tumpukan berpuas hati keperluan meuwujudkan kerajaan stabil dan inklusif. Kemudian meletakkan dasar pemerintahan memacu ekonomi meyakinkan.

"Sangat puas hati dengan komitmen dan perkembangan. Muktamad BN hendak sedikit waktu," katanya

Selain itu, beliau tetap optimis Pakatan Harapan akan dapat membentuk kerajaan bersama Barisan Nasional.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota hari ini.

Media Baharu