fb fb fb fb fb

PH, GRS: mulakan rundingan rasmi dalam masa terdekat

Foto BERNAMA

KOTA KINABALU, 14 Jun- Pakatan Harapan (PH) Sabah dijangka akan memulakan rundingan rasmi bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam masa terdekat, menjelang PRU DUN SABAH ke-17.

Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, rundingan itu berdasarkan mandat yang diterima daripada pimpinan tertinggi PKR dan PH pusat.

Fokus utama PH Sabah ketika ini adalah untuk membentuk kerjasama politik yang kukuh, demi menjamin kestabilan dan pembangunan negeri.

"Kita sedang buat perundingan. Sekarang ini di peringkat PH pun kita teruskan. Dan peringkat antara BN pun kita sudah mulakan. Dan selepas ini kita akan berbincang dengan GRS. Itu di peringkat pakatan harapan. Yang lain itu kita minta mereka berbincang sesama sendiri," katanya selepas merasmikan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi Sabah (SUIPTS) 2025 di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.

SITI NOORAIN ABDULLAH