fb fb fb fb fb

PGA Sarawak rampas 657,050 kg produk sejuk beku

KUCHING, 21 Oktober - Sebanyak 657,050 kilogram (kg) produk makanan sejuk beku pelbagai jenama bernilai RM13.3 juta dirampas dalam Op Taring Bravo di sekitar Kemena Industrial Estate, Bintulu, semalam.

Komander Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak SAC Che Gazali Che Awang dalam satu kenyataan berkata, turut ditahan dua lelaki tempatan berusia 55 dan 70 tahun.

"Serbuan pada 8.00 pagi dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak serta Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Bintulu

"Hasil pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 47,500 kotak mengandungi pelbagai bahagian daging ayam seperti sayap, paha, hempedu, dada dan sosej.

Turut ditemukan 5,500 kotak mengandungi pelbagai bahagian daging lembu seperti daging, tulang dan perut serta 1,900 kotak daging khinzir.

Beliau berkata kesemua produk makanan sejuk beku pelbagai jenama itu disimpan dalam ruang pembekuan di tiga buah bilik sejuk beku di premis berkenaan dipercayai tidak mempunyai permit import yang sah.

Che Ghazali berkata abatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Bahagian Bintulu mengenakan tindakan ke atas pemilik premis.

Kes disiasat bawah Seksyen 9(1) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

(FOTO HIASAN)

Media Baharu