fb fb fb fb fb

Petunjuk baharu lokasi MH370, MOT sedia bekerjasama dengan ATSB

PUTRAJAYA, 18 Februari - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedia bekerjasama dengan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) berhubung petunjuk baharu lokasi pesawat MH370 yang hilang.

MOT memaklumkan, langkah itu akan dibuat sejurus hasil keputusan daripada penelitian ATSB diperolehi kelak.

"Kementerian mengambil maklum ATSB sedang meneliti data baharu yang dikeluarkan oleh seorang jurutera aeronautik Britain, Richard Godfrey yang mendakwa terdapat petunjuk baharu dalam mengenal pasti lokasi pesawat MH370," katanya menerusi kenyataan.

Menurut MOT, perbincangan lanjut dengan Kerajaan Republik Rakyat China dan Australia juga akan dibuat berdasarkan bukti boleh dipercayai, yang mungkin membawa kepada pencarian baharu.

"Sama seperti ATSB, MOT tidak boleh mengulas secara terperinci tentang kesahihan penilaian Richard tanpa semakan dan pengesahan pihak ketiga.

"MOT bersimpati kepada ahli keluarga mangsa serta berpandangan bahawa sebarang bukti baharu yang boleh dipercayai perlu dipertimbangkan dan diteliti sewajarnya," katanya.

Media Baharu