fb fb fb fb fb

PETRA minta laporan penuh kerugian, kerosakan dialami negeri-negeri terjejas banjir

Laporan akan diteliti secara menyeluruh / Foto RTM

PADANG BESAR, 13 Disember - Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air meminta setiap negeri yang terjejas banjir menyediakan laporan penuh berhubung kerugian serta kerosakan yang yang memerlukan kerja-kerja pemulihan disegerakan.

Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menjelaskan keperluan itu bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dapat dilaksana dengan segera.

"Laporan akan diteliti secara menyeluruh melibatkan semua negeri terutamanya yang terjejas banjir sebelum kerja-kerja baik pulih digerakkan di peringkat negeri.

"Bagi kerosakan fasiliti yang memerlukan keperluan mendesak akan diperbaiki segera,"katanya selepas Majlis Perasmian Penutup Program Cahaya Prihatin : Elektrik Untuk Komuniti.

FAUZIAH ABD RAHMAN