fb fb fb fb fb

Petani dibenarkan menanam di kawasan tanah pencawang elektrik TNB dengan syarat tertentu

KUALA LUMPUR, 9 Mac - Para petani kini dibenarkan menanam tanaman jangka pendek di kawasan tanah yang mempunyai talian pembekalan elektrik atau pencawang elektrik.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, mereka bagaimanapun perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Antara syarat tersebut termasuklah mendapat kebenaran tuan tanah dan memastikan ketinggian tanaman tidak melebihi 6 kaki untuk tujuan keselamatan.

(Datuk Seri Takiyuddin Hassan, pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat)

"Jika tanah itu tanah kepunyaan negeri, tanah negeri atau tanah hutan simpan atau rizab perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa negeri atau pentadbir tanah. sekiranya tanah itu milik individu, perlu mendapat kebenaran sama ada dalam bentuk sewaan atau pajakan.

"Manakala kebenaran kedua dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai pemegang lesen untuk memastikan garis panduan yang dikeluarkan pihak Suruhanjaya Tenaga dapat dipatuhi", katanya.

Sehingga kini, sebanyak 115 permohonan telah diluluskan untuk pelaksanaan aktiviti yang dibenarkan di bawah talian pembekalan elektrik termasuk aktiviti tanaman.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Tanjong Malim, Chang Lih kang pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Media Baharu