SUNGAI PETANI, 24 September - Amalan membaca dalam kalangan masyarakat khususnya di Kedah perlu diperkasakan dalam melahirkan generasi yang mempunyai ilmu pengetahuan dan jati diri yang kukuh.
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Al Aminul Karim Sultan Salehuddin bertitah melalui budaya membaca, ia dapat mempertingkatkan ilmu, terutamanya kepada pelajar.
"Saya rasa pesta buku ini sangat bagus kerana ia membudayakan aktiviti membaca kepada semua golongan, iaitu kanak-kanak sehingga kepada golongan dewasa", katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Pesta Buku Kedah di sini.
Pesta Buku berkenaan yang berlangsung di salah sebuah gedung membeli belah itu berlangsung bermula hari ini hingga 30 September ini.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang tempoh itu, termasuklah pertandingan nasyid, persembahan bakat murid, dan ceramah agama.
(Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Al Aminul Karim Sultan
Salehuddin)