fb fb fb fb fb

Beras tempatan jadi pilihan rakyat Kelantan

(FOTO RTM)

PASIR MAS, 24 September-50 peratus rakyat Kelantan kini memilih untuk membeli beras tempatan susulan peningkatan harga beras import di pasaran.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Kelantan, Datuk Aimi Jusoh berkata, sebelum ini, penduduk negeri itu lebih memilih beras import berbanding tempatan kerana mudah diperolehi.

Katanya, selain itu, beras tempatan keluaran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) lebih berkualiti tinggi serta bebas kimia, selain dijual dengan harga lebih murah.

Menurutnya, walaupun permintaan terhadap beras tempatan tinggi, namun bekalan yang dikeluarkan PPK mencukupi untuk keperluan rakyat Kelantan.

"PPK Kangkong dengan rasminya dipilih dan dilantik oleh kementerian pertanian dan keterjaminan makanan melalui pihak kawal selia sebagai panel pemborong program khas beras putih tempatan.

"Jadi maknanya disamping kita juga ada sumber sendiri daripada padi yang kami kisarkan dikilang sendiri kami juga akan mendapat sumber bekalan daripada panel yang dilantik pihak kementerian pertanian dikawal pihak kawal selia sebanyak 200 metrik tan sebulan secara berperingkat", katanya demikian ketika ditemui selepas pelancaran beras tempatan di PPK Kangkong, di sini. 

Turut hadir, Pengarah Kawal Selia Padi Beras Kelantan, Mohamed Fadhli Abdul Azid dan Pemangku Pengurus Besar PPK Kangkong, Mohd Tarmizi Sulaiman.


(Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Kelantan, Datuk Aimi Jusoh)

Media Baharu