fb fb fb fb fb

Pesawat Hornet TUDM terhempas di Kuantan

TUDM turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi serta berita yang tidak sahih mengenai insiden berkenaan.

KUANTAN, 21 Ogos - Sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terlibat dalam satu kemalangan di landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, pukul 9.05 malam tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan TUDM, tindakan segera telah dilaksanakan pihak mereka.

Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah siasatan selesai dijalankan.

TUDM turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi serta berita yang tidak sahih mengenai insiden berkenaan.

JALALUDDIN BIN BAHARIN