fb fb fb fb fb

Pesakit mental terjun dari jambatan Sungai Paka, ditemukan lemas

KEMAMAN, 9 Februari- Tindakan seorang pesakit mental yang terjun dari jambatan Sungai Paka, Dungun semalam berakhir tragedi apabila ditemukan lemas pada petang tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata mangsa dikenali Muhammed Hafiz Azizul Shahizan berusia 31 tahun.

"Mangsa ditemukan terapung pada pukul 4.10 petang tadi kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian. Beliau ditemukan tersangkut pada batang kayu," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, tiada sebarang unsur jenayah dalam insiden tersebut.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.


(Katanya, tiada sebarang unsur jenayah dalam insiden tersebut)

Media Baharu