fb fb fb fb fb

Hanya 4,900 suri rumah di Kedah daftar, carum SKSSR - PERKESO

KOTA SARANG SEMUT, 9 Februari- Hanya 4,900 suri rumah di Kedah telah mendaftar dan mencarum dalam Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).

Pengarah PERKESO Kedah, Rafidah Abd Rahim berharap kesemua suri rumah di negeri itu dapat mendaftar dengan skim terbabit kerana pelbagai kemudahan dan perlindungan disediakan jika mereka hilang upaya kekal dan keilatan.

Hanya dengan bayaran RM120 setahun atau RM10 sebulan, suri rumah warganegara Malaysia berusia kurang daripada 55 tahun layak menyertai skim itu.

"Skim ini diberi kepada kaum wanita yang menguruskan rumah tangga tidak kira sepenuh masa atau sambilan. Ia dapat memartabatkan kaum wanita di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini.

SKSSR yang diperkenalkan dibawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah bertujuan memberi perlindungan kepada suri rumah yang mengalami kemalangan, penyakit atau insiden berkaitan rumah tangga.


(Hanya dengan bayaran RM120 setahun atau RM10 sebulan, suri rumah
warganegara Malaysia berusia kurang daripada 55 tahun
layak menyertai skim itu)

Media Baharu