fb fb fb fb fb

Mudahkan urusan perniagaan, tingkatkan pembangunan usahawan negara

(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi)

KUALA LUMPUR, 9 Februari- Kerajaan komited mewujudkan persekitaran ekonomi yang mampu memenuhi potensi setiap lapisan masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkata beberapa langkah akan diambil kerajaan bagi memudahkan urusan perniagaan dan meningkatkan pembangunan usahawan negara.

"Kerajaan akan terus berusaha mengurangkan karenah birokrasi yang menghalang perniagaan dan usahawan untuk mengaut keuntungan, membayar bahagian cukai mereka yang saksama, dan mewujudkan pekerjaan berkualiti adalah sesuatu perkara yang baik, ia mesti dipermudahkan di semua peringkat kerajaan sama ada peringkat Perpersekutuan, negeri atau tempatan", katanya.

Beliau turut menyarankan para usahawan mencipta lembaran perniagaan baharu, seiring dengan perubahan lanskap sosio ekonomi semasa.

Beliau bercakap demikian ketika menghadiri Seminar pemasaran keusahawan anjuran Markplus Institute ASEAN.


(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) menerima sijil penghargaan
daripada Pengasas dan Pengerusi MCORP, Hermawan Kartajaya (tengah)/BERNAMA)

Media Baharu