fb fb fb fb fb

Penyelenggaraan jalan antara tumpuan Belanjawan 2023

IPOH, 9 Februari- Isu penyelenggaraan jalan Persekutuan dan program perumahan untuk orang asli antara perkara dibangkitkan sepanjang Jelajah Dialog Belanjawan 2023.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata selain itu, tumpuan juga masih kekal kepada usaha menangani kedudukan ekonomi negara, melaksanakan reformasi institusi, pengurusan bencana dan merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.

Jelajah tersebut merupakan salah satu persiapan Kementerian Kewangan bagi penyediaan Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Februari ini.

"Lebuh raya Gerik-Jeli, lebuh raya Simpang Pulai-Blue Valley, lebuh raya Tapah-Ringlet di mana jalan-jalan yang berkaitan dengan jalan Persekutuan itu kurang diberi perhatian daripada segi penyelenggaraan dan ia berlaku di banyak negeri. Isu ini perlu diberi keutamaan," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Ditanya sama ada kerajaan akan memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam Belanjawan 2023, Ahmad Maslan berkata perkara tersebut belum diputuskan lagi.


(Jelajah tersebut merupakan salah satu persiapan Kementerian Kewangan bagi
penyediaan Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Februari ini)

Media Baharu