fb fb fb fb fb

Dua sekolah di Rembau terima dana PAAB RM25,000

REMBAU, 9 Februari- Dua buah sekolah di daerah ini dipilih menerima dana melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) School Sustainability.

Menurut Ketua Pegawai Operasi PAAB, Zulkiflee Omar, sekolah dipilih ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Astana Raja dan SK Tun Haji Abdul Malek.

Kedua-dua sekolah berkenaan masing-masing menerima dana berjumlah RM25,000.

'Pemilihan kedua-dua buah sekolah tersebut berdasarkan kedudukannya yang terletak dalam jajaran projek pembinaan Loji Rawatan Air Sawah Raja Fasa 2 serta kerja-kerja pemasangan paip air dan tangki imbangan Bukit Sembilan di sekitar daerah Rembau," katanya kepada pemberita di sini.


(Kedua-dua sekolah berkenaan masing-masing menerima dana berjumlah RM25,000)

Media Baharu