fb fb fb fb fb

Konflik selatan Thailand, Malaysia tidak akan benarkan sebarang keganasan

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya, Prayuth Chan o Cha
dalam sidang media khas di Rumah Kerajaan Thailand/JPM)

BANGKOK, 9 Februari- Malaysia tidak akan membenarkan sebarang bentuk keganasan dalam menyelesaikan konflik di selatan Thailand.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai keluarga dan jiran yang baik, Malaysia akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk membantu.

Beliau berkata Malaysia turut berperanan sebagai fasilitator bagi proses dialog damai dalam menamatkan konflik.


(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim)

"Itulah sebabnya kami bersetuju melantik seorang fasilitator yang boleh diterima, daripada seorang pesara Ketua Angkatan Tentera kami, yang dikenali untuk bertugas dan membantu menghulur bantuan kami", katanya.

"Melalui pelaburan, perdagangan dan pembangunan, saya sangat optimis kita dapat menyelesaikannya. Malangnya konflik kecil ini telah membawa kepada banyak ketegangan, kebencian dan ketidakpercayaan.

"Kita perlu merayu kepada semua pasukan kita sama ada di Thailand, Selatan atau malah sesetengah di Malaysia untuk memahami dan menghargai bahawa keamanan mesti menjadi pertimbangan utama", katanya.

Sebelum ini, bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin telah dilantik sebagai Ketua Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai di Selatan Thailand yang baharu, berkuat kuasa 1 Januari 2023.

Beliau bercakap dalam sidang media khas bersama Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o Cha di Rumah Kerajaan Thailand.

Media Baharu