fb fb fb fb fb

Malaysia-Thailand perkukuh kerjasama dalam bidang tenaga dan ekonomi digital

(Foto Afiq Hambali/Pejabat Jabatan Perdana Menteri) 

BANGKOK, 9 Februari- Malaysia dan Thailand mengukuhkan kerjasama dalam bidang tenaga dan ekonomi digital menerusi empat Memorandum Persefahaman (MoU).

MoU itu bakal menjadi batu loncatan kepada lebih banyak syarikat-syarikat teknologi tempatan menembusi pasaran Thailand.

Pertukaran Mou melibatkan Syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan anak-anak syarikatnya iaitu TNB Renewables Sdn Bhd dan TNB Power Generation Sdn Bhd dengan tiga syarikat tenaga di Thailand bagi menyokong sektor industri tenaga di kedua-dua negara.

Kesemua perjanjian yang dimeterai disaksikan kedua-dua pemimpin negara diantara syarikat-syarikat Malaysia dan Thailand.

Sementara itu, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pula menandatangani MoU bersama Digital Economy Promotion Agency (DEPA), bagi mengukuhkan kerjasama ekonomi digital di antara Malaysia dan Thailand.

Sejak tahun 2018 sehingga tahun 2022, syarikat teknologi tempatan telah berjaya mencatatkan RM140.81 juta nilai eksport ke Thailand.

Pada tahun 2022, Thailand merupakan rakan dagangan ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN.

Dengan jumlah dagangan bernilai RM122.03 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 17.9 peratus berbanding nilai yang dicatatkan pada tahun 2021.


(Foto Afiq Hambali/Pejabat Jabatan Perdana Menteri) 

Media Baharu