fb fb fb fb fb

MOSTI optimis peruntukan kementerian tidak dikurangkan

PUTRAJAYA, 9 Februari- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) optimis peruntukan kepada kementerian itu tidak akan dikurangkan dalam Belanjawan 2023.

Perkara itu disebabkan kepentingan bidang berkenaan kepada masa depan negara yang lebih dinamik.

Bagaimanapun jelas menterinya, Chang Lih Kang, pihaknya memahami kekangan kewangan yang dihadapi negara ketika ini.

"Saya harap boleh tambah tetapi saya juga faham keadaan ekonomi sedikit terbantut maka MOSTI harap sekurangnya kekalkan apa yang ada kalau lebih bonus.

"Sains Teknologi amat penting bukan untuk sekarang tapi, untuk masa depan. Saya harap bajet takkan kurang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Malaysia Techlympics di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika mengulas berkenaan pemotongan peruntukan pembangunan kepada ahli Parlimen oleh perdana menteri, beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjung Malim bersetuju dengan perkara itu.

Ia boleh dilakukan dengan kerjasama pihak swasta bagi membantu dan membangunkan rakyat di setiap kawasan.

Media Baharu