fb fb fb fb fb

Kelulusan secara prinsip daripada kerajaan kepada MAHB

PUTRAJAYA, 9 Februari- Kabinet secara prinsip bersetuju dengan syarat material baharu Perjanjian Operasi (OA).

Ia berkaitan memberikan konsesi kepada Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) untuk mengoperasi, mengurus, menyelenggara dan membangun 39 lapangan terbang dan padang terbang di Malaysia sehingga tahun 2069.

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, "dengan keputusan jemaah menteri, perjanjian OA sebelum ini akan dibatalkan. Kerajaan akan menandatangani satu OA baru dengan MAHB sehingga tahun 2069.

"Namun terdapat sedikit perbezaan, ia memberi fleksibaliti terhadap cara pambangunan lapangan terbang," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau optimis, ia akan membantu syarikat penerbangan untuk beroperasi dengan lebih efisien sekali gus mengurangkan bebanan pengguna melalui pengurangan harga tiket.

Dalam perkembangan lain,beliau mengumumkan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 dijenamakan semula sebagai KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2.

Media Baharu