fb fb fb fb fb

Diaspora Malaysia perkukuh budaya, kerjasama Malaysia-Thailand

BANGKOK, 9 Februari- Diaspora Malaysia memainkan peranan penting kepada pengukuhan budaya dan kerjasama antara Malaysia-Thailand.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka berhak mendapat pentadbiran yang sempurna, bertanggungjawab dan menerapkan prinsip akauntabiliti demokrasi telus.

Semasa sesi dialog dan minum petang, siang tadi, kira-kira 300 diaspora Malaysia di Thailand berkongsi perasaan teruja kerana dapat berkongsi dan berbincang bersama perdana menteri.

Menurut diaspora Malaysia yang hadir, Haiperoi Inung, beliau berasa gembira apabila mengetahui perdana menteri akan bertemu mereka di sini.

"Saya berasa gembira apabila mengetahui perdana menteri akan bertemu kami di sini. Saya berharap perdana menteri dapat membina lebih banyak kerjasama dengan Thailand, sekali gus membina banyak peluang pekerjaan dan perniagaan dengan Thailand," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Seorang lagi diaspora Malaysia, Jamil Salleh pula berharap kerjasama antara Malaysia dan Thailand semakin bertambah.

"Saya telah berada di sini bermula dari tahun 2000 dan berkahwin dengan orang Thailand. Sebagai seorang ahli perniagaan, saya berharap dengan kedatangan perdana menteri di sini dapat mengeratkan dan menambahkan lagi perniagaan untuk warga Malaysia di Thailand,".


(Semasa sesi dialog dan minum petang, siang tadi, kira-kira 300 diaspora Malaysia
di Thailand berkongsi perasaan teruja kerana dapat berkongsi dan
berbincang bersama Perdana Menteri)

Media Baharu