fb fb fb fb fb

Belanjawan 2023: Sektor pertanian akan diberi peruntukan lebih tinggi

(Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli)

KUALA LUMPUR, 9 Februari- Sektor pertanian akan menerima peruntukan lebih tinggi dalam Belanjawan 2023.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata ini bagi menggalakkan orang ramai berkecimpung dalam sektor pertanian. Ia sekali gus meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kebergantungan import.

"Ia mampan, sebab selalunya yang berlaku lepas-lepas ialah dia tanam sekali, selepas itu dia tidak mahu tanam semula. Jadi sebenarnya cabaran utama ialah memastikan bahawa ekosistem itu adalah benar-benar teguh kerana selalunya kadang-kadang kita hanya bagi insentif dan galakan", katanya.


(Foto hiasan)

Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia oleh Bank Dunia Edisi Februari 2023 bertajuk, Memperluas Sempadan Digital Malaysia di ibu negara.

Sementara itu, kerajaan akan berusaha memastikan angka pertumbuhan ekonomi yang baik dapat diterjemahkan kepada impak yang boleh dilihat dan dirasai oleh semua rakyat.

Penambahbaikan seterusnya dalam perbelanjaan domestik dan pasaran buruh diharap akan membuka ruang bagi penetapan dasar untuk gaji dan upah lebih tinggi pada masa hadapan.

Media Baharu