fb fb fb fb fb

Pendigitalan kerajaan, untuk capai ekonomi digital berdaya tahan

KUALA LUMPUR, 9 Februari- Pendigitalan di peringkat kerajaan perlu berada di tahap yang baik bagi memastikan Malaysia mencapai ekonomi digital yang berdaya tahan.

Menurut Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli, ini khususnya di sektor perkhidmatan yang menjadi penghubung utama dalam proses libat urus sektor perniagaan.

"Jadi untuk mendigitalkan masyarakat dan menaik taraf ekonomi kita, kerajaan perlu cepat dan deras, itu tidak cukup dengan hanya contohnya menawarkan khidmat melalui laman web. Keseluruhan khidmat kerajaan itu mestilah berdasarkan proses digital", katanya kepada media selepas pelancaran Pemantauan Ekonomi Malaysia Bank Dunia Edisi Februari 2023 bertajuk, Memperluas Sempadan Digital Malaysia di ibu negara.

Kerajaan akan turut meningkatkan pendigitalan secara menyeluruh dengan mempercepatkan inisiatif MyDigital.

Tambahnya, kesan pelaksanaan pendigitalan di peringkat kerajaan secara menyeluruh akan turut melonjakkan pertumbuhan sektor swasta termasuk peluang pekerjaan.


(Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli)

Media Baharu