fb fb fb fb fb

Peruntukan RM70.12 pacu industri agromakanan di Johor-Arthur Kurup

Timbalan Menteri KPKM, Datuk Arthur Joseph Kurup bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi/ Foto Facebook Menteri Besar Johor

JOHOR BAHARU, 26 Jun-Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperuntukkan RM70.12 juta dalam usaha untuk memacu industri agromakanan di Johor tahun ini.

Timbalan Menteri KPKM, Datuk Arthur Joseph Kurup dalam kenyataan medianya hari ini memaklumkan peruntukan berkenaan adalah untuk menjayakan projek-projek pembangunan, meliputi sektor ternakan, tanaman, akuakultur dan pemerkasaan industri nenas di negeri berkenaan.

Selain itu, dana tersebut juga bertujuan menggiatkan aktiviti pemasaran dan eksport hasil pertanian, selain pembangunan usahawan agro di Johor.

Ujar Arthur, daripada jumlah tersebut, RM19.2 juta diperuntukan di bawah program kerjasama KPKM dengan Kerajaaan Johor bagi mengoptimumkan penggunaan tanah kearah keterjaminan makanan nasional.

Pada 2022, Johor menjadi penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi sektor pertanian Negara, dengan nilai RM17.3 billion.

Arthur sebelum itu mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Iskandar Puteri, di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD