fb fb fb fb fb

Peruntukan RM276 juta bina tujuh fasiliti SUKMA di Kelantan

(FOTO BERNAMA)

GUA MUSANG, 14 Oktober - Impian penduduk di Gua Musang, Kelantan untuk menikmati kemudahan riadah bakal menjadi kenyataan apabila Kerajaan Persekutuan sedia membina sebuah kompleks sukan di daerah itu tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata satu perundingan bersama Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan akan diadakan dalam merealisasikan kompleks tersebut.

(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / FOTO BERNAMA)

"Kebetulan KESEDAR menjadi peneraju utama kepada pembangunan Gua Musang ini dan Insya-Allah kalau tidak tahun ini tahun hadapan saya akan mengusahakannya," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kelantan, di sini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata sebanyak RM276 juta telah diperuntuk kepada Kelantan untuk membina tujuh fasiliti sukan sebagai persediaan bagi acara Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 2028.

Katanya, peruntukan telah diberikan bersesuaian dengan acara-acara yang akan dipertandingkan kelak.

Media Baharu