fb fb fb fb fb

Peruntukan RM20 juta kepada NSRC, bukti kerajaan ambil berat isu jenayah scam

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Peruntukan RM20 juta yang diberikan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi Belanjawan 2024 membuktikan kerajaan mengambil berat isu penipuan dalam talian.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata kerajaan akan terus berusaha untuk memantapkan keselamatan siber.

(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil / FOTO FAIL)

"Dalam usaha membunuh operasi keji penipu atas talian, kerjasama semua pihak sangat diperlukan manakala di pihak rakyat pula, kesedaran tentang isu ini perlu terus ditingkatkan," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Jumaat berkata kerajaan akan menambah peruntukan kepada NSRC kepada RM20 juta tahun hadapan berbanding RM10 juta sebelum ini, bagi meningkatkan lagi fungsi pusat itu dalam membanteras jenayah scam.

Sejak ditubuhkan, NSRC telah mengendali lebih 49,000 panggilan dan berjaya membeku sehingga RM60 juta transaksi.

Media Baharu