fb fb fb fb fb

Peruntukan menyeluruh sektor komunikasi, digital seiring perkembangan semasa

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 15 Oktober - Peruntukan menyeluruh yang diberikan menerusi Belanjawan 2024 untuk sektor komunikasi dan digital akan meningkatkan lagi kemampanan ekosistem sektor berkenaan seiring dengan perkembangan semasa.

Ini kerana, sebanyak RM2.8 bilion diperuntukan meliputi inisiatif ketersambungan digital; ekonomi digital; keselamatan siber; pemasaran maklumat kenegeraan; serta menyokong perkembangan bakat dan projek kreatif tempatan.

(FOTO HIASAN)

Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nurul Aishah Ab Rahman menyifatkan peruntukan tersebut bertepatan sekali gus membuktikan keperihatinan kerajaan terhadap industri komunikasi dan digital dalam negara.

"Amat penting terutama sekali dalam dekad zaman ini apabila kita amat menggunakan atau kebergantungan pada kandungan digital dan komunikasi itu amat tinggi sekali bukan sahaja dalam negara, sektor serantau malah di peringkat global," katanya.

Sementara itu, Ketua Pusat Pengajian Siswazah Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS) UiTM, Profesor Madya Dr. Wahida Ahmad berkata pemberian geran sehingga RM5,000 untuk menaik taraf sistem jualan inventori dan perakaunan secara digital untuk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) merupakan usaha murni kerajaan membantu PMKS untuk terus berdaya saing.

"Tanpa digitalisasi agak mustahil untuk PMKS bergerak seiring dengan kemajuan negara dan akan ketinggalan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka secara meluas terutamanya untuk pasaran antarabangsa," katanya.

Media Baharu